Bengkel Keselamatan Internet & Usahawan Muda
3 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada kali ini Pusat Internet telah dijemput oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) Yan untuk berkongsi tentang keselamatan internet kepada pelajar dari lima buat sekolah menengah yang ada di daerah Yan. Lima sekolah yang terlibat adalah SMK Yan, SMKA Yan, SMK Dulang, SMK Sri Badong dan SMA Fauzi. Setiap sekolah menghantar 5 wakil pelajar. Program ini bertempat di PKG Yan bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Pengisian yang telah disusun oleh pusat internet terbahagi kepada 3 slot. Slot pertama membincang berkaitan keselamatan internet yang difokuskan khas kepada pelajar. Seterusnya slot kedua sedikit taklimat ringkas tentang myFreeview TV Digital oleh wakil Malaysia ICT Volunteer dan akhir sekali slot usahawan muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: